Bila TODDLER pon dah pandai berahsia

Wednesday, June 02, 2010

Kelmarin...balik dari Nursery iman kluarkan pistol Ben10 dari beg skolah dia. Terkejut aku nengok tempat pemegang pistol tu dah patah, memang tak bley di selamatkan lagi dah. Pistol Ben10 tu baru jer beli khamis lepas, tak sampai seminggu pon lagi. Geram betul. Aku pon terlupa nak kluarkan pistol tu dari beg dia. Mainan iman memang aku tak bagi bawak nursery, memang tak selamat jadinya.


Mulalah sesi soal jawab. Aku tanya banyak kali siapa yang patahkan pistol tu, langsung dia tak bagitau....senyap, dengan muka sedih. Selalu kalau ada budak gigit dia, ingat sapa nama budak yg gigit tu. Aku tau bukan iman yang buat sebab dia jenis yang sayang barang. Naluri keibuan yang sangat kuat di situ. Kami pon memang jarang belikan toys utk dia. Masa mula² dapat pistol pon lepas main di letak balik dalam kotak, siap bawak tido lagi. Hubby plak tanya. siapa yang patahkan..masih diam membisu. Last² aku call nursery.

Bila tanya kat penjaga, dia pon tak tahu siapa yang buat...erk...ko tak perhatikan budak² tu main ker? DIa ckp beg iman tu memang dorang letak kat atas almari. Takkan letak atas almari pistol bley patah? Aku memang tak puas hati dgn jawapan dorang. Mungkin budak² kat situ berebut pistol ngan iman atau pistol tu kena baling. Nak kata jatuh, tak nampak macam jatuh, sbb patah habis pemegang tu.

Walaupon harga pistol Ben10 tu tak mahal, tapi aku beli dengan duit jugak, bukan dengan daun. Agak kecewa sket dengan penjaga kat situ. Kalau dah budak tu budak jugak, takkan ko tak bley perhatikan dorang main.

Kesudahannya...iman kena denda ngan abah, sebab tak pandai jaga barang. Sambil nangis, berdiri lah anak bujang tu kat dinding dengan muka sedih pandang ibu dia nih, minta belas simpati. Mak nangis noks tgk anak kena denda.

Dah tak der rezeki iman nak main puas-puas ngan pistol Ben10 tu. Masih terbayang muka happy dia bila dapat pistol. Esok pagi nya mengingau cari pistol...sian anak ibu nih.

You Might Also Like

18 komen

  1. lorr abah denda suh iman berdiri kt dinding ke? ciannye dia. mesti buat muka kesian kan

    ReplyDelete
  2. Ha'ah noj, memang kesian sangat.

    ReplyDelete
  3. aduhaii..lepas ni nak main pistol apa fiza..gilah beli lain..sian tgk iman! psstt sapa yang patahkan pistol dia..kenapa nak rahsia sangat..baik ko siasat.(menghasut habis aku ni)

    ReplyDelete
  4. Apalah sgt pistol tu..budak2 lebih2 lg budak lelaki, mmg ganas ckit. Tp ada baik jugak di denda spt tu...biar dia ingat sikit...tp mainan skrg nih mmg x tahan..mebbe kualiti dia kureng x mcm mainan dolu2...

    ReplyDelete
  5. Hada, laki aku dah tak nak beli dah, sian iman. Aku pon tak tahu, aku tanya byk kali memang dia tak ckp siapa yg buat.

    ReplyDelete
  6. Mytrajet74, klo buat salah memang kena denda, sebagai pengajaran. Btul tu, nak beli yang mahal tak mampu.

    ReplyDelete
  7. lorh..macam mane leh tak pasan anak bawak pistol ben10 ke nusery? kalau dah bawak menan macam tu kat sane...memang akan berebut la anak2 org lain nak main same..sian die kena denda,..satu pengajaran buat die..hope die ingat

    ReplyDelete
  8. ala ciannya...mybe mmg dia tak tau sape buat kot kan..huhuhu...

    ME pun kalau mr hubby hukum anak rasa cam nk nangis sama :(

    ReplyDelete
  9. adoish siannye iman.. kalu la sami tau iman kena denda pasal pistol patah sure sami tak hancurkan toys dia.. sami kalu main pasti smpai hancur... xpe iman nnti besday iman auntie belikan pistol ben10 ok??

    ReplyDelete
  10. kesian lak i baca citer ni. mmg selama ni dia pandai bgtau ke sapa yg buat?
    haihh... i mmg bengang kalo toys rosak/tertukar. mak bapak org lain tu x tengok ke anak korg bwk balik toys yg bukan korg beli? *emo nih*

    ReplyDelete
  11. la penjaga tak perhati bila budak2 main ey..

    ReplyDelete
  12. kalau di cegah dari akar mesti tak jadi macam ni.. takpe pengajaran buat anak..bila buat salah baru dia tahu..dan tolong terangkan kat dia benda tu salah..baru dia faham dan tak buat lagi..

    bila2 anak2 tanak berkongsi itu tandanya kurang komunikasi dan ada halangan dalam komunikasi..lebih baik cuba buat dia berkongsi dari di beri denda macam tu... apa yg kita buat pada dia, takut nanti dia akan buat balik pada kita..

    sekadar berkongsi pendapat :)

    ReplyDelete
  13. kesian Iman... sabar je la kak. nak salahkan penjaga nursery tu 100% pun x boleh gak...

    ReplyDelete
  14. AIDACOMEI: Biasalah tu, gi keja nak nak cepat, tu yg tak perasan.

    SISDEE: Kat nursery tu ada beberapa budak nama iman gak, dia ckp iman yg buat...tak tau iman yg mana satu (^_^). Memang sedih.

    ReplyDelete
  15. ELY: Nangis aku tgk muka sedih dia.

    ISABELLE: Ha'ah, klo ada budak gigit dia akan ckp sapa yg buat.

    ReplyDelete
  16. LADY: Tu lah masalahnya.

    BARDBOO: Cian sgt.

    ReplyDelete
  17. FIT: Thanks kongsi pendapat. Sebab nak cegah dari akarlah kami buat mcm ni. Denda sebagai pengajaran & peringatan supaya dia lebih menghargai barang yg di beli hasil titik peluh kami bekerja. Kami akan terangkan kat dia knp dia didenda supaya dia akan lebih faham.

    AMIR: Tu lah, budak2 kan.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive