Bila sistem perkhidmatan KTM Komuter 'LUMPUH'

Tuesday, June 08, 2010


Kesesakan yang sangat luar biasa akan berlaku hampir di semua station. Dua hari ni jugaklah orang sibuk bercerita pasal ketidakpuashatian terhadap sistem KTM. Betul² menyusahkan pengguna. Dua hrai ni jugaklah ramai yang lambat sampai office.


Ingatkan petang dah ok, Rupa² nya sangkaan ku meleset. Dekat sejam aku tunggu train. Hanya satu landasan sahaja yang berfungsi, korang bayangkan lah berapa laluan yg ada, cuma satu landasan yg boleh di gunakan. Orang dah sesak giler. Dengan panasnya lagi. Sampai jer train, terjadilah adegan tolak menolak. Aku yang dengan bawak perut pon tidak terkecuali jugak, semua nak balik kan. Nasib ada orang yg prihatin bagi aku duduk. Itu baru kesesakan dekat KL Sentral, kat stesen lain lagi...sama sesak. Pukul 8.35 pm baru sampai UKM. Penat giler.

Pagi ni punya masalah plak, sistem janakuasa elektrik kat stesen Angkasapuri & KL Sentral mengalami masalah. Sakitnya hati. Semalam nyer sakit hati menunggu tak habis lagi, di tambah sakit menunggu train pagi ni plak. Aku budget pukul 8.30 am tak der jugak, terpaksalah naik bas. Nak naik teksi duit tinggal 10 higgit (^_^). Finally, sampai gak train, tapi...sesak nak mampus. Nak tak nak, dengan kudrat pompuan mengandung nih, terpaksa gaklah aku masuk even dah tak cukup ruang. Kesian baby kat dalam perut nih, terhimpit...huhuhu...Kalau aku tak naik gak, mau pukul 10.00 sampai office.

Cerita colleague aku lagi teruk. Pukul 10.00 am baru sampai office. Nak dekat sampai stesen MV, train stuck kat tengah² landasan. 2 jam lebih uolsss. Bayangkan dengan kesesakan orang kat dalam train, berdiri dekat 2 jam lebih. The worst is bila ada beberapa orang penumpang yang mula pengsan, di ulang PENGSAN. Bantuan apa yg nak bagi selain bagi duduk jerlah. Orang kat dalam train dah terpekik bising². Alternatif lain...bukak pintu train.

Uollss bayangkan nak kena turun dari train yang agak tinggi gak tu. Berjalan menyusuri landasan nak cari kenderaan alternatif yang lain. Macam mana lah nasib pompuan mengandung yang naik train tu.

Sepanjang aku naik Komuter, ini lah yang paling worst. KTM...silalah upgrade sistem. Kementerian Pengangkutan, tolong lah amik serious masalah nih. Betul² menyusahkan pengguna.



You Might Also Like

8 komen

  1. masalah KTM ni tak pernah selesai. dr zaman saya belajar dulu punyalah hazabbbbbbbbb sampai skrng x penah berubah. mujur jg saya x guna lg KTM. tpi berpuluh ribu yg lain masih gunakannya.. aduhhhh... bilalah KTM ni nak berubah??????

    ReplyDelete
  2. aduhhhhhhhh seriau pulak nieza baca. Siannya makyung makyung ...

    Yek la KTM ni mmg dr dulu tak berubah. Semalam dlm berita konon nak tambah MRT pulak .. cehhhhhh .. cuba perbaiki dulu KTM baru la wujudkan yang lain kalo takk .. smp 20tahun pun camtue jugak ...masalah takkan selesai. Semuanya nak bolot duit jerk ...

    ReplyDelete
  3. kesiannya..bila public transpot buat hal, ramai yg terjejas. bos boleh terima ke alasan kalo terlambat?

    ReplyDelete
  4. kesiannya fiza...ye, perkhidmatan ktm ni mmg antara yang teruk la juga ...entah la, di mana salah n silapnya...

    pssstttt....ada tag kat blog ayu mengenai penyusuan susu ibu..meh la jawab dapat share2 ngan rakan2 yg lain juga ye..^_^

    ReplyDelete
  5. tq fiza, sya cari2 masalah baru tahu nie puncanya sya x pergi keje tadi..hampagas punya ktm.bape ribu orang x pegi keje klu camni.
    dah le ade mesyuarat..zzzz

    ReplyDelete
  6. WAWA: Memang hazab. Kesian dekat org yg alternatifnya memang KOMUTER saja.

    ISABELLE: Nak tak tak terpaksa terima gak, sbb kebanyakan staff naik public transport nih.

    ReplyDelete
  7. NIEZA: Dari dulu ckp nak perbaiki sistem public transport, tapi hampeh...mcm tu gak. KTM pon bermasalah nak pakai MRT plak.

    AYU: Kesian kan, Komuter memang the worst. NNt fiza buat TAG tu yer :)

    ReplyDelete
  8. ANON: Memang hampagas. My colleague sampai office pon pkul 11.30 pm. Klo yg lain2 tu rasanya balik rumah ko ☺☺☺

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive