Cabaran awal Penyusuan, bersedialah..
Thursday, February 04, 2010Kebanyakan masalah yang sering di hadapi oleh ibu² selepas bersalin ialah ketiadaaan susu. Dalam erti kata lain...susu tak keluar. Dan yang paling utama sekali, tak yakin dengan diri sendiri. Last week child-hood friend aku selamat delivery anaknya yang kedua. Aku pon call lah nak tanya khabar. Pastu aku tanya beberapa soalan maut:
Tahniah, ko BF anak ko tak (AKU)
Tu lah, susu tak der langsung (KAWAN)
Takkan tak kluar langsung kot (AKU)
Tak der setitik pon, bila pam pon tak kluar (KAWAN)
KO bagi baby hisap tak? (AKU)
Bagi, dia hisap bersungguh², macam ada susu (KAWAN)
Klo dia hisap mcm tu maknanya susu ko adalah (AKU)
Kita rasa mcm tak der jer, sebab tetek pon lembik (KAWAN)
Ko janganlah ckp macam tu, ko kena yakin yang susu ko ada, klo ko asyik cko takder susu, memanglah susu tak der (AKU)
Itu lah sebahagian dari perbualannya. Si baby pon dah selamat di sumbat FM. Sebab pengaruh sekeliling pon yer gak. Konsep BF ni senang jer, macam kilang gak. Ada demand and supply. Kalau banyak permintaan banyaklah pengeluarannya. Ilmu² penyusuan pon sangatlah penting kalau kita nak menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Antara cabaran² awal yang bakal di tempuhi ialah:
1. Susu tidak keluar pada hari atau minggu pertama
Isu tidak keluar susu ini bukanlah 'taboo' dalam proses pertama penyusuan. Jika tidak, masakan ia sentiasa disebut-sebut oleh ramai para ibu. Dan ramai para ibu yang gagal sedari awal menjadikan ia sebagai faktor utama.
Hal ini juga membawa kepada satu lagi permasalahan iaitu bayi keliru puting. Manakan tidak, apabila ilmu penyusuan kurang, semangat pula semakin menghilang, bayi pun disumbat dengan susu formula menggunakan botol. Ramai pakar penyusuan menggalakkan memperkenalkan botol kepada bayi pada umur bayi 30 hari. Bagi bayi yang menghadapi masalah penyusuan di bawah tempoh itu, disarankan menggunakan cawan ataupun sudu bayi sebagai langkah terbaik. Ia memang mengambil masa untuk bayi membiasakan diri, tetapi langkah ini dapat mengelakkan bayi mengalami keliru puting yang mana akan mendatangkan cabaran yang lebih besar kepada bayi dan ibu.
2. Pandangan keluarga dan masyarakat
Perlu diakui, betapa banyak keluarga di Malaysia yang tidak terdedah dengan peri pentingnya anugerah Tuhan ini. Setiap hari kita terlalu dimomokkan oleh media massa dan elektronik betapa hebatnya susu-susu formula yang dinaik taraf kandungannya dari masa ke masa. Antara ayat²
"Susah nanti kau nak bekerja, anak asyik nak bergayut sahaja."
"Beri susu X ni banyak-banyak, cepat bijak budak ni nanti. Tengok anak si Polan tu, cergas dan sihat budaknya."
"Kau ni jangan manjakan sangat budak ni, nanti naik lemak dia esok. Mulalah asyik nak berkepit sahaja. nak buat kerja pun susah nanti."
"Eh, badan nampak kecik sahaja. Banyak kah susu kau ni? Seminggu dua lagi habis kering lah ni."
"Patutlah banyak susu, tengoklah badan dia."
Ya, ini adalah antara 'pandangan' yang bakal anda semua terima. Ini baru sebahagian, saya percaya pelbagai lagi perkara yang bakal kalian tempuhi.
3. Tempoh pantang yang mencabar
Selepas melahirkan, proses mengharungi tempoh berpantang pasti antara waktu perit yang bakal dihadapi oleh para ibu. Ini tidak termasuk lagi proses kelahiran secara pembedahan, kelahiran pra matang, berlaku tumpahan darah, episiotomi yang parah dan sebagainya.
Di sinilah waktu yang benar-benar mencabar semangat para ibu. Ditambah pula apabila bayi dijangkiti Jaundis (demam kuning), ibu mengalami bengkak susu, ibu baru sedar beliau mempunyai puting rata dan puting tenggelam dan sebagainya. Pada waktu yang sama pula 'orang tua' kita yang terdiri daripada ibu, nenek, ibu saudara dan lain-lain tidak habis-habis mengingatkan kita dan menjaga kita dengan pelbagai pantang larang.
"Jangan minum air banyak."
"Jamu ni kamu dah makan ke belum?"
4. Sokongan suami
Pada pandangan saya, sokongan suami sangat memainkan peranan yang besar kepada kejayaan penyusuan ibu. Suami yang prihatin kepada keperluan ibu dan anak akan memberi kesan motivasi kepada si ibu dalam meneruskan penyusuan dengan lebih bersemangat.
Sokongan yang dinyatakan di sini bukanlah hanya daripada segi material semata-mata, tetapi yang paling penting ialah sokongan spiritual dan psikologi.
Tidak dinafikan, pertolongan suami menyediakan segala keperluan material sampingan yang memudahkan penyusuan seperti pam, bantal penyusuan, penutup penyusuan, baju penyusuan dan sebagainya sangat penting terutama bagi ibu-ibu yang tidak bekerja. Tetapi, sokongan kata-kata semangat dan motivasi adalah tunjang utama.
Dalam hal ini, ibu perlu memastikan suaminya faham keinginan dan matlamatnya un tuk menyusukan anak, target mereka, situasi yang bakal ditempuhi, faedahnya dan lain-lain. Ia perlu diterapkan sedari awal mengandung lagi. Pemahaman dua hala ini sangat penting supaya matlamat kedua-dua ibu bapa adalah seiringan dalam menentukan yang terbaik buat si manja.
Di samping itu, ibu juga pasti akan lebih tabah dan kuat dalam menghadapi dan menangani karenah serta pandangan orang sekeliling yang pastinya mempunyai pelbagai persepsi dan pendapat yang bisa menggoyahkan matlamat penyusuan mereka.
5. Semangat dan matlamat ibu
Inilah halangan dan kekangan yang paling besar sebenarnya di dalam dunia penyusuan. Saya sendiri dihubungi oleh ramai ibu yang ingin menyusukan anak mereka tetapi apabila ditanya dari segi usaha dan matlamat, adalah tidak seiring dengan usaha yang mereka inginkan.
Perlu diingat, dunia penyusuan adalah bukan satu perkara yang remeh dan mudah. Ia tidak akan berjaya tanpa usaha dan tekad yang berterusan. Tidak ada sebarang ALASAN di dalam dunia penyusuan. Saya teringat akan satu kes yang saya baca di dalam web kegemaran saya. Ia dikongsi oleh seorang ibu yang prihatin, cerita berkaitan seorang warga Inggeris yang bertekad menyusukan anaknya secara relaktasi (kembali kepada penyusuan) walaupun susunya telah kering.
Setiap hari beliau mengepam payudaranya yang telah kering dengan sentiasa berfikiran positif. Ini kerana beliau tahu bahawa payudara kita boleh menghasilkan susu apabila mendapat stimulasi 8-12 kali sehari apabila kita mengepam atau bayi menyusu secara konsisten setiap hari. Sehari, sebulan..beliau terus mengepam dengan minda yang positif bahawa dia boleh menghasilkan susunya kembali walaupun telah lama kering. Dan hasilnya? Ya, beliau berjaya lakukan!
Percayalah ibu-ibu semua, setiap anak itu pasti dianugerahkan rezekinya sekali ke muka bumi ini. Tuhan itu adil. Tidak akan dianugerahNya cahayamata dengan dibiarkan kelaparan. Cuma kita sebagai manusia perlu mengkaji dan menggali caranya. Jika anak itu lelaki pasti rezeki nutrien melebihi sekali ganda anak perempuan. Jika dianugerahkan anak kembar, pasti kilang susu kalian lebih beruapaya menghasilkan susu yang lebih banyak! Pokok pangkalnya, tepuk dada tanya matlamat
source: Menyusu si manja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ilmu² penyusuan, bolehlah lawati blog ini (^_^)
5 komen
thanks for sharing.. saya plan nak BF my baby nanti.. now, tengah sourcing for Breast pump..
ReplyDeleteaku dulu kan dok saiko diri sendiri.. tiap2 ari kan ade la 5minit aku dok ckp kat diri sendiri.. 'banyak susu...banyak susu'..hahaha
ReplyDeleteTHIS IS: Sharing is caring. Good luck & smoga berjaya BF baby (^_^)
ReplyDeleteELY: Hehehe...aku pon kena buat mcm tu gak nnt, tak nak benda yg sama berulang.
bessnye entri ni..memang kan..time pantang tu banyak btul cabarannye.dengan nak layan kerenah anak lagi..dengan cabaran menyusu lagi..yang penting semangat kena kuat.
ReplyDeletehuda lak almost dlm pantang tue mmg BF jer BB, tp bler balik kg, mak sdn lak yg kecoh nak suh kasik formula milk. MIL mmg very supportive bab2 menyusu bdn.. erhmm
ReplyDelete