Driving for the 1st time, pengalaman anda?

Monday, January 11, 2010


Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Driver. Iyerlah...baru dapat lesen P, pastu memandu kat highway, mesti ada rasa kecut sket kan. Klo memang dah biasa drive tu ok lagi lah.

Aku nama jer ada lesen, tapi setakat buat perhiasan jer kat dalam wallet ni. Selama 6 tahun aku ada lesen ni, tak pernah secara rasminya aku memandu. Pastu renew tiap² tahun, memandu keretanya tidak...ahaks...Kereta sendiri tak ada, nak pakai kereta adik bradik plak, takut calar balar. Pendam jerlah hasrat nak memandu tu. Bila dah lama² tu dah rasa macam tak confident nak memandu. Takut plak rasanya. Bila dah kawin & ada anak ni, hubby soh belajar drive. Barulah terhegeh² nak belajar memandu balik.

Hajat di hati nak gi driving school, amik 3-4 jam ker, nak bagi confident tu datang balik, tapi hubby cakap dia bley ajar, ok lah. Haaa...amik ko, garangnya nak mampus, mengalahkan cikgu skolah memandu gamaknya ☺☺☺. Dari berani drive jadi takut nak drive, ketaq lutut jadinya sbb takut salah. Kalau kereta Automatik ok lah, kereta aku ni kereta Manual. Tersangatlah mencabar bagi pompuan macam aku nih. Dari tahun lepas lagi hubby dah start ajar, barulah sekarang aku dah bley drive sendiri with hubby's supervision, tapi setakat area rumah sajork, luar kawasan belum try lagi...wakakaka...

Kisahnya...sabtu lepas. Nak beli sarapan, niat di hati dak drive, tapi hubby kerja. Rasa mcm tak confident klo hubby tak der. Tapi hati ni dah membuak² nak drive. Arrgghhhh...drive ajer lah kan, takkan nak tunggu hubby ada baru nak drive, sampai bila nak drive with hubby's supervision. Finally...berjaya gak, itu baru pergi beli sarapan, balik dari beli sarapan plak. Aku dah menggelabah masa nak kluar simpang 3. Kereta banyak lalu lalang, nak cucuk sket² takut, pastu kereta kat belakang dah berderet², siap hon² plak, memang tak sabo btul pemandu lelaki ni. Aku lagilah jadi kelam kabut + menggelabah. Trus dorang potong kereta aku, lantaklah...janji aku selamat. Dekat 4 minit gak lah kat simpang tu, akhirnya aku sampai rumah dengan jayanya (^_^).

Kesimpulan & pengajaran utk aku, silalah jgn menggelabah & kelam kabut yer fiza. Kena yakin. Bawak bertenang. Lantaklah org nak hon ker apa ker, janji jln ko betul, biar lambat asal selamat (^_^)

Aku jelous betul tgk org pompuan yg boleh memandu nih. Pastu expert plak pasal jalan² . Nak gi memana pon senang. Apsal lah aku tak bley jadi mcm tu.


You Might Also Like

13 komen

  1. salam singgah. redah je fiza. bab2 ni kena buat muka tak malu jer. hehehe.

    ReplyDelete
  2. gud try lama2 ok la tu..sy pun dulu camtu...manual tak reti sgt dua tahun gak la....tp sejak ayah bg kete ms belajar manual lak tu nak tak nak kena gak la survivor sendiri..n then hasilnya memuaskan hingga kini

    ReplyDelete
  3. huhu saya adalah pemegang lesen tanpa memandu selama 9 tahun..uwaaaaaaaaaaaaaa..amat le penakut...

    awal pas dpt lesen amat le berani..tp pas bsalin dah jadi seriau bila hubby beli kete manual :(
    mmg kena redah jek..tp nie kena kuatkan smangat balik..hubby kita lak bila suruh ajar..dia nk amik insurans nyawa dlu dia kata..tak ssuai!!!

    ReplyDelete
  4. lady nak cakap ni hehe.. lady takde lesen kereta wakaka.. dok plan lama dah nak ambik lesen tapi asyik tertangguh jer.. takut nak bawak kete kat kl ni... sesak kan..

    ReplyDelete
  5. ya allah fiza, kalu papi kat blkg ko mmg abislah dia ngamok hahahaha. papi tu sungguh la angel tapi bila dia start memandu terus jadik monster. xpaham aku. hahahahhaa. aku expert memandu (eceh) patu tahun lps lesen aku hilang smpai skang aku xbuat baru. dh expired dh pon. selama ke nih aku xdek lesen. ya allah. gulp..

    ReplyDelete
  6. COMEYBELAKO: Btul tu, redah jer kan, kena buat muka tak malu.

    DIDI: Tu lah, kena slalu bawak slalu.

    ReplyDelete
  7. SISDEE: Hahaha...klakar lah statement hubby u. HUbby saya plak dia yg beria² nak ajar. Kita sekapal ☺☺☺, kena bawak gak lah sisdee, klo ada emergency senang.

    LADY: Hehehe...kena amik lady, senang nak gi memana, fees nak amik lesen pon skang dah makin naik.

    ReplyDelete
  8. Ko biar betik ely, habis slama ni ko drive tanpa lesen lah yer, ko memang lucky sbb tak kena tahan polis...ahaks...gi renew lesen cpt. Aku pon nak jadi expert mcm ki gak satu hari nnt (^_^)

    Uishhh...garangnya papi, takottt (^_^)

    ReplyDelete
  9. hahaha.. Fiza.. kau kene bawak kete tu.. tu jea petuanya lepas tu dah terror kang panjang la langkah tu..pss tapi ku kete auto jea la :>

    ReplyDelete
  10. fiza
    bawak je keta tu..kalau dah boleh pi beli b'fast tu maknanya dah boleh la tu...lama2 nanti ok lah tu..i ni dpt lesen masa belajar kat uni..pastu 1st time bawak keta masa turun from genting..sebabnya i gaduh ngan boyfren i..pastu terus lah dok asyik bawak keta balik kelantan ke ipoh ke n now pun kena gak bwk keta sbb kengkadang kesian tengok hubby penat hihihi..ish pjg bebenor le komen i ni :)

    ReplyDelete
  11. nasib baik takdepaper..klu aku dah ngabah tu asyik hon hon..mentang2 pro..dah teror meh la datang umah aku..

    ReplyDelete
  12. Hehehe...Nad, memang kena drive pon nnt, lelama terror lah kan (^_^). Ko senang lah keta auto.

    ReplyDelete
  13. ZARIN: Terror ah zarin, dah drive merata2.

    HADA: Tu lah hada, aku kecut gak time tu. Ko tu cpt2 lah belaja drive. Nnt klo aku dah expert, aku gi umah ko erk (^_^)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive