Good Bye 2009, Welcome 2010

Thursday, December 31, 2009

Dalam masa beberapa jam dari sekarang tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan akan di gantikan dengan tahun 2010. How time flies kan (^_^). Alhamdulillah...tahun 2009 cukup bermakna buat aku dan suami kerana impian yang kami hajati selama ini tercapai akhirnya with bless from allah, syukur sangat. Antaranya:

 
Rumah

Impian kami untuk memiliki rumah tercapai. Bukan rumah sewa, bukan rumah mak tapi rumah SENDIRI (^_^). Walaupon Apartment saja, tapi cukup selesa untuk kami berteduh. Banyak sungguh cabaran dan dugaan masa nak beli rumah ni. Antaranya nak tunggu loan approve, org lain punya hal aku yg jadi mangsa TOTO. Dekat 2 bulan gak. Tapi berkat kesabaran, akhirnya loan kami lulus...alhamdulillah...Bila dah ada rumah sendiri ni baru aku tahu betapa heavennya, nak buat apa pon boleh (*_^)

 
Kereta


Tukar kereta lama kepada kereta baru. Klo orang lain tukar kereta kecik kepada kereta besar, tapi aku tukar kereta besar kepada kereta kecik (^_^). Potong..potong..potong, jimat wang, jimat kos...ahaks...sebab En. Perdana yang lama tu telah banyak mengikis duit kami. Rosak sket jer ribu riban terbang, duit habis kat En. Perdana jer. Jadinya...bertukar lah kepada SAGA, memang jimat (^_^)

Laptop


Berpeluang juga memiliki Laptop sendiri. Dah lama mengidam, akhirnya dapat jugak. Cuma Broadband jer masih belum berkesempatan nak beli lagi.

Inilah antara pencapaian kami untuk tahun 2009. Azam untuk tahun 2010 plak...hhmmmmm...apa yang aku harapkan, semoga aku dapat menjadi muslimah yang lebih patuh pada suruhanNYA, menjadi isteri yang terbaik untuk suami tercinta, menjadi ibu yang dapat mendidik anaknya dengan sempurna, Menjadi pekerja yang berdedikasi, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...ahaks...dan...mestilah nak tambah anak lagi (^_^).

Akhir kata, HAPPY NEW YEAR untuk semua.


You Might Also Like

8 komen

  1. selamat tahun baru 2010 Fiza...aku blm ada rumah baru lg..huk huk huk

    ReplyDelete
  2. happy 2010!!!impian 2010 camne plak

    ReplyDelete
  3. happy new year...
    :)
    banyak benda baik jadi tahun 2009 kan.. hope 2010 nnti akan lebih baik..

    ReplyDelete
  4. fiza,
    tahniah & selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru Fiza...wah wah Alhamdulillah tahun 2009 banyak kenangan terindah untuk Fiza..semoga 2010 lebih bermakna lagi!:)

    ReplyDelete
  6. AIZA: Happy new year to you too :)

    AS: Mekasih as, masih blom terlambat lagi nak beli rumah as.

    LADY: Alhamdulillah...rezeki 2009.

    ReplyDelete
  7. KAK YONG: Mekasih kak yong. Selamat tahun baru :-)

    MIMI: Happy new year utk mimi juga. Alhamdulillah..:-)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive