TAG - Sebelum & Selepas

Friday, March 13, 2009

Buat 2 sahabat kembarku di alam maya, Hayatie & Amyatie...kembar tak seiras. Ku nak langsaikan hutang TAG ni hah. Baca...jangan tak baca. Check it out bebeh...

1. Sebelum Tamat Persekolahan
  • Tak sabar rasanya nak tamatkan zaman persekolahan. Tak yah susah2 lagi nak bangun pagi2 gi skolah. Nak keje..nak merasa dapat duit sendiri, nak beli apa2 pon boleh sebab takyah mintak kat mak pak lagi
  • Tak payah nak berebut naik bas pagi2. Biasalahkan...dulu zaman 'bas mini'. Bas dah penuh macam tin sardin pon nak amik penumpang gak...selagi boleh sumbatlah katakan, apalagi macam2 bau perfume ada.

Selepas Tamat Persekolahan
  • Baru tahu susah gak nak dapat kerja, so...jadilah penganggur terhormat sekejap. Pastu amik class computer kat Cosmopoint. Dapat keje, sebulan jer tahan, boss garang sangat. Jadilah penganggur balik.
  • Tak perlu fikir pasal keje skolah, tak payah nak berebut pagi2 naik 'bas mini' tu lagi.

2. Sebelum Di ijabkabulkan

  • Pergi kerja sendiri, kali ni tak der 'bas mini' dah, ganti 'Metrobus' plak kekadang naik bas 'Intrakota'. Pagi2 dah kena bangun, klo lambat...sampai office pon lewatlah, dgn traffic jam lagi.
  • Ni yg paling sedih, arwah ayahku tak sempat nak nengok aku & adik aku naik pelamin. Arwah di jemput ilahi masa lagi 8 bulan kami nak nikah.
  • Aku dapat permanent job. Before this temporary jer, lama gak tau, 2 tahun gak lah kat Dataran Maybank tu, setahun Maybanlife & setahun lagi kat Mayban General Insurance. Kata nak permanentkan, tapi tapi tak der surat pon. Last2 dapat offer kat tempat keje ni, sampailah sekarang. Alhamdulillah...rezeki orang dah nak kawen kan.

Selepas Di Ijabkabulkan

  • Macam tak caya jer....tidur malamku kini berteman. Klo nak buat ape2 pon berdua jerlah. Dah tak macam dulu lagilah, nak kena siapkan sarapan pagi, tgh hari & malam. Rutin harian seorang surirumahtanggalah katakan.
  • Pergi kerja tak naik bas dah, tak yah nak bersesak2, berebut2 nak naik bas. Haruslah hubbyku hantarkan. Pergi berhantar & balik berjemput lagi, sampailah skang. Kekadang ada gak naik bas klo ada emergency.

3. Sebelum ada Anak

  • Enjoy...selagi hidup berdua ni kan. Gi dating, tgk wayang...bestnya. Terfikir gak, bilalah nak ada anak ni, macam manalah klo dah ada anak nanti. Boleh ker aku jadi ibu yg terbaik untuk anakku nanti, macam2 lah berlegar dalam kepala otak ni.
  • Tidor pon berdua lagi kan, space katil pon besar, al-maklumlah...blom ada anak lagi.

Selepas ada Anak

  • Lengkap sudah rumahtangga kami degan kehadiran cahayamata dan bermulalah hidupku dengan gelaran IBU. Barulah aku tahu betapa susah dan payahnya nak membesarkan anak. Macam mana pengorbana MAK dulu, itulah yang aku rasa skarang. Begitu mencabar.
  • Dah tak boleh nak tido lena. Tido malam bertiga. Space katil pon dah ngam2. Klo dulu boleh tido berpelukan, skang ni dah kurang sket, biasalah....anak kat tengah2 kan, kekadang tukar gak posisi, hubby tepi katil aku plak kat hujung katil, klo anak tepi dinding? sudah tentulah aku sebelah hubby.

4. Sebelum jumpa SI.com

  • Tak pernah dengar form SI. Lepas byk surf internet, barulah aku tau macam mana cara2 nak jadi orang yg berjaya fully BF. Barulah terfikir bukan senang nak fully BF ni.

Selepas jumpa SI.com

  • Aku dapat bayak ilmu pengetahuan pasal BF. Tak semudah yg disangka. Tapi aku tetap gagal nak fully BF anakku, sebab...tak der support, last minute preparation, kurang ilmu & macam2 lagilah. Tapi aku tetap bersyukur, even terpaksa campur..anakku masih dapat menikmati SI. No FM utk malam & weekend.
  • Aku dapat kawan.

5. Sebelum ada Blog

  • Selalu blog-hopping, baca other people punya blog. Kekadang terfikir gak, klo aku ada blog, aku nak merapu apa dalam tu? Tapi ada hati gak nak create blog sendiri.

Selepas ada Blog

Tido malam tak lena, asyik fikir nak berBlog ajer. Ada jer idea nak tulis. Heran plak tu....tetiba ada banyak yg nak di ceritakan dan dikongsikan. Macam dah jadi addicted plak.

Hooorayyyy...dah habis. Tinggal satu TAG lagi blom settle.

You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive