Dalam masa beberapa jam dari sekarang tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan akan di gantikan dengan tahun 2010. How time flies kan (^_^). Alhamdulillah...tahun 2009 cukup bermakna buat aku dan suami kerana impian yang kami hajati selama ini tercapai akhirnya with bless from allah, syukur sangat. Antaranya:

Tukar kereta lama kepada kereta baru. Klo orang lain tukar kereta kecik kepada kereta besar, tapi aku tukar kereta besar kepada kereta kecik (^_^). Potong..potong..potong, jimat wang, jimat kos...ahaks...sebab En. Perdana yang lama tu telah banyak mengikis duit kami. Rosak sket jer ribu riban terbang, duit habis kat En. Perdana jer. Jadinya...bertukar lah kepada SAGA, memang jimat (^_^)
Berpeluang juga memiliki Laptop sendiri. Dah lama mengidam, akhirnya dapat jugak. Cuma Broadband jer masih belum berkesempatan nak beli lagi.
Inilah antara pencapaian kami untuk tahun 2009. Azam untuk tahun 2010 plak...hhmmmmm...apa yang aku harapkan, semoga aku dapat menjadi muslimah yang lebih patuh pada suruhanNYA, menjadi isteri yang terbaik untuk suami tercinta, menjadi ibu yang dapat mendidik anaknya dengan sempurna, Menjadi pekerja yang berdedikasi, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi...ahaks...dan...mestilah nak tambah anak lagi (^_^).
Akhir kata, HAPPY NEW YEAR untuk semua.
