Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur

Thursday, January 18, 2018

Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur | Amboi... amboiii.. Resipi lagi kau yer. Alaaaa... Resipi lah yang ramai orang cari. Lebih-lebih lagi resipi simple kan. Korang bukan nya nak try kalau resipi tu complicated and susah nak buat. Betul tak? Sebab aku pon macam tu jugak. Kalau boleh nak cari resipi se simple, tak susah nak cari dan senang nak membuatnya. Ok.. Back to the title. sebelum ni aku pernah share resipi KEK MOIST CHOC LELEH LAPIS CHEESE. Macam cerita aku dalam entry Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap tu, kan ada lebihan cheese. Sayang kalau tak pakai kan. Jadinya... moh kita cari Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur.


Tiba-tiba terasa nak buat kek chocolate sebab anak-anak dah lama request nak kek chocolate. Topping nya kita letak lah lebihan cheese tu kan. Masalahnya... Tak cukup bahan lah pulak. Telur dengan fresh milk tak ada. Aku nak pergi kedai, tapi pemalas nak drive. Jadinya... Google lah resipi kek tanpa telur yang simple. Aku kalau cari resipi mesti ada perkataan 'simple'... ngeeee... Memang lain lah resipi kali ni. Tersangat simple dan senang nak buat. Ini resipinya:

Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur


Bahan-Bahan


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara


  1. Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.
  2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh. 
  4. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masing
  6. Tunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺

Sementara kek masak tu kan, kau buat lah cream cheese. Bahan-bahan tu sama macam buat untuk carrot cake. Meh aku tepek lagi untuk korang.

Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara

  1. Bila kek dam masak. Tuang saja cream cheese atas kek 
  2. Bakar selama 10-15 minit
  3. Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap

Dah siap. Simple jer kan. Aku tak sempat masuk freezer. Panas-panas tu jugak potong dan makan sebab anak-anak dah tak sabar. Memang tersangat sedap. Buat malam. Pagi tu bekalkan dekat anak-anak yang nak bawak kek pergi sekolah. Tengah hari dah licin. Sekejapan betul. Rasa tak puas pulak. Kalau korang nak buat banyak, just double kan saja bahan-bahan tu. Resipi ni jugak sangat sesuai untuk mereka yang alah pada telur. Especially budak-budak. 

Oh! ya... Aku tambah resipi. Letak chocolate chips lebihan masa buat kuih raya tahun lepas. Tarikh luput pon dah nak tamat. Jadi kita habiskan terus. Memang bertambah kesedapannya. Rasa macam nak buat lagi Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur minggu ni. Nak try letak choc cadbury mini tu. Hurmmmm... Terbayang-bayang dah ni ☺☺

Note: Bila mood rajin nak mem baking datang kan. Macam ni lah ☺☺


You Might Also Like

34 komen

  1. Nampak sgt akak x reti bab baking...rupanya tanpa telur pun jadi kek nya..huwaaa...kena belajar lagi ni

    ReplyDelete
  2. takpernah try lagi buat cheese cake. thnkyou share resepi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Simple betul bahan-bahannya kena buat sampai jadi ne

    ReplyDelete
  4. wahh.. senang jer resepi ni.. boleh try la nanti.. tq for sharing this recipe..

    ReplyDelete
  5. dap.
    tgk resepi, yes simple fiza.
    tapi tu la. aida ni, bahan kek pisang da 2-3 hari beli.
    tak buat jugak. ijat da nak abiskan pisang dah tu hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan menyelerakan. Peminat cheese dan chocolate kena cuba resipi ni....

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. TB ni nak buat kek punya la malas sebab nak cari bahan-bahannya tu.. jenuh.. tapi kalau yang simple-simple macam ni ok lah kan.. tapi kalau ada lagi simple.. lagilah tb suka.. hahahha.. todia.. nak simple sesaja..

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaaa.. Nak membuat pembakarnya tak ada.. Tp kek2 mcm ni mmg suka la kalau dpt mkn hehe

    ReplyDelete
  9. Senang je rupanya. Nak cuba jugaklah nanti. Terima kasih share resepi !

    ReplyDelete
  10. wah kek chocolate cheese..feveret ni..tapi takleh makan banyak sangat..

    ReplyDelete
  11. OMG sedapnya chocolate cheese cake boleh hantar sini sikit hehehehe kita memang suka chocolate....

    ReplyDelete
  12. ok nak try buat nampak simple dan sedap

    ReplyDelete
  13. Akak..senangnya resipi akak ni...nanti saya boleh la try dengan ank saya ni...

    ReplyDelete
  14. terliur tengok choc cheese cake ni.. fuhhh mengancam betul

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Wow boleh Cuba ni. Telur makin Mahal eloklah reswpi ni xde telur hihii

    ReplyDelete
  16. Adik2 Rawlins mesti suka dapat resipi nan mudah sebegini. TQ sebab sharing.

    ReplyDelete
  17. Wahh sedapnya tengok gambar. Pandai akak olah resepi. Ruby kalau resepi ni berani tukar manis je. Nanti nak cuba tanpa telur ni. Jimat skit. Hahahaha. Telur mahal!

    ReplyDelete
  18. wah, senang jer buat kek cheese chocolate ni. nak try la buat nnt

    ReplyDelete
  19. thanks for the recipe. time to make one

    ReplyDelete
  20. mmg betul bila kita rasa rajin nk masak dan bila bahan tak cukup..kena cari alternatif atau buat jer..janji sedap hehe

    ReplyDelete
  21. Macam senang ja recipi akk ni..
    Nnt boleh ajk ank dara trt buat sama2 nnt

    ReplyDelete
  22. biasanya kalau pakai butter ni lagi sedap kan ?

    ReplyDelete
  23. rajin akak.. sy ni copy resepi je byk, buatnya tidak.. btw, tq kak share resepi

    ReplyDelete
  24. hadoii..melting sungguh tengok kek tu...

    ReplyDelete
  25. Lama dah tak membaking FS. Kat rumah ni kalau nak membaking yg makannya tak meriah...jadinya elok ajelah beli. Mak kau pun senang haha...

    ReplyDelete
  26. rajin akak masak.. lisa tak berapa rajin..eh padahal tk pandai hahaha

    ReplyDelete
  27. Nak membaking ni pun kena cari mood dulu,kan..dtg mood ngan semangat membaking tu, hari2 pun boleh..

    ReplyDelete
  28. Nak membaking ni pun kena cari mood dulu,kan..dtg mood ngan semangat membaking tu, hari2 pun boleh..

    ReplyDelete
  29. Ok.. bookmark dulu.. nnt nak buat.. thanks kak fiza shared resepi..

    ReplyDelete
  30. Dh buat. Frosting tu sgt2 manis. Patut dikurang kan gula kepada 1 cwn sahaja

    ReplyDelete
  31. mantap sungguh menggoda sekali makanannya ini jadi pengen coba buat. Yuk teman-teman kunjungi situs ini yuk A1SLOTGAME

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive