Rumah Impian Yang Tak Kesampaian Untuk Di Miliki
Friday, October 06, 2017
Rumah Impian Yang Tak Kesampaian Untuk Di Miliki | Antara kisah sedih aku. Setiap orang punya impian kan. Antaran impian yang sentiasa menjadi sebutan ialah ingin memiliki sebuah rumah. Siapa yang tak nak rumah kan. Lebih-lebih lagi rumah yang kau dah lama impikan. Dimana rumah tersebut merupakan sebuah rumah teres. Banyak betul perkataan 'impian' kau kan... ngeeee... Sebelum kahwin dulu, tak terfikir pon pasal nak beli rumah. Bila dah kahwin pon sama jugak. Iyerlah... Sebab duduk dengan mak kan. Rumah mak pon tak ada siapa. Lepas dah ada anak sorang, baru lah merancang nak beli rumah. Nak ada rumah sendiri. Nak merasa hidup berdikari.
Mula lah house hunting. Pergi show unit sana sini. Survey harga rumah. Dan ter berkenan dengan sebuah rumah teres yang terletak nun jauh di Bandar Bukit Raja, Klang. Time tu aku kerja dekat Faber Tower, Jalan Klang Lama lagi. Tapi dah kenapa jauh sangat kau nak beli rumah kan. Dah kata nak rumah teres dan time tu rumah teres yang affordable terletak dekat Klang sana. Maka kita pon pilih rumah mana dan proceed lah untuk booking. Kena bayar RM1000 tu untuk booking fees.
Maka bermulalah episod apply loan. Kalau tak silap, ada apply loan dekat beberapa buah bank jugak lah. Tapi jawapan sangat menghampakan. Loan susah nak lulus sebab nama aku sangkut untuk loan kereta yang di beli oleh abang aku menggunakan nama aku. Payment tak cantik every month. Aku malas nak citer balik. Korang boleh baca kat [SINI]. Merana aku sebab benda ni. Boleh nangis bila kenangkan balik.
Aku kena berhutang sebab nak langsaikan hutang yang bukan tanggungjawab aku sendiri. Ibarat orang lain yang berhutang, kau yang kena bayar. Tiap-tiap bulan gaji aku ditolak untuk bayar hutang orang. Orang yang berhutang sikit pon tak hairan. Sikit pon tak reti nak bayar balik. Bukan tak minta. Dah minta pon. Tapi ibarat kau mencurah air ke daun keladi. Aku sedih... Tersangat- sangat sedih. Ok... tutup cerita. Sambung pasal cerita rumah pulak.
Disebabkan perkara itu lah, loan rumah aku susah nak lepas. Jadi... Kau terpaksa let it go even kau dah bayar booking fees sebanyak seribu ringgit. Tapi disebabkan loan reject, booking fees hanya dibayar sebanyak RM500 sahaja dari seribu ringgit yang kau dah bayar tadi. Redho jer lah. Maka impian kau nak memiliki landed house tidak kesampaian hendaknya. Mungkin ada hikmah lain.
Tenogk ni... Siap dah pilih nombor rumah. Rumah yang kami booking tu harga dia memang affordable untuk sebuah rumah teres. Tahun 2007. Cuba kira market sekarang, naik dah harga rumah nih. Harga rumah sekarang pon dah mencanak naik even rumah apartment. Kalau teres apatah lagi. Memang kau tak akan jumpa harga macam ni lagi dah. Square feet pon besar tau.
Tenogk ni... Siap dah pilih nombor rumah. Rumah yang kami booking tu harga dia memang affordable untuk sebuah rumah teres. Tahun 2007. Cuba kira market sekarang, naik dah harga rumah nih. Harga rumah sekarang pon dah mencanak naik even rumah apartment. Kalau teres apatah lagi. Memang kau tak akan jumpa harga macam ni lagi dah. Square feet pon besar tau.
Memang frustrated sangat. Tapi itu tak melemahkan semangat aku dengan hubs untuk cari rumah lain. Mana tau kali ni loan sangkut ker kan. Dalam tempoh house hunting tu, aku pesan dekat abang aku suruh bayar duit kereta dia yang mana tertunggak tu. Hubs lah yang ke hulu ke hilir sampai ke Bangi dia pergi. Finally... Dapat jugak sebuah rumah walaupon bukan landed house. Dapat sebuah apartment.
Maka debaran apply loan pon bermula. Macam biasa, bank lain reject disebabkan masalah yang sama. Kecuali CIMB. Kebetulan adik ipar bagi contact orang CIMB ni. En. Ayub nama dia. Memang bagus sangat. Dia tolong even ada masalah. Memang lama kot nak tunggu loan lulus. 2 bulan lebih rasanya. Sampai rasa dah give up. Kami dah decide kalau reject jugak nak try buat dengan MBSB. Tapi interest tinggi. Alhamdulillah... Penantian berakhir dengan kegembiraan.
Inilah Home Sweet Home kami. Apartment kos sederhana yang berkeluasan 1,018 sq.ft dengan 3 bilik 2 bilik air dengan parking kereta bawah rumah. Selamat kereta dari panahan matahari... hehehe... Harga masa beli RM91,000.00 dan sekarang market makin naik. Mana tahu kalau ada rezeki lain dapat rumah landed house pulak kan.
Tipu lah kalau aku cakap aku tak terkilan sebab tak dapat rumah landed house ni. Tapi tu lah... Kita hanya merancang, tapi DIA perancang terbaik. Kalau aku duduk Klang, macam mana aku ni pergi kerja sebab jarak perjalanan yang jauh sedangkan office aku kat KL. Kebetulan lepas jadi orang Bangi, aku kena tranfer dekat Cyberjaya. Jarak perjalanan tak ada lah jauh sangat. Kan hikmah tu.
Kena ingat... Allah tak beri apa yang kita mahu. Tapi allah beri apa yang kita perlu.
Inilah Home Sweet Home kami. Apartment kos sederhana yang berkeluasan 1,018 sq.ft dengan 3 bilik 2 bilik air dengan parking kereta bawah rumah. Selamat kereta dari panahan matahari... hehehe... Harga masa beli RM91,000.00 dan sekarang market makin naik. Mana tahu kalau ada rezeki lain dapat rumah landed house pulak kan.
Tipu lah kalau aku cakap aku tak terkilan sebab tak dapat rumah landed house ni. Tapi tu lah... Kita hanya merancang, tapi DIA perancang terbaik. Kalau aku duduk Klang, macam mana aku ni pergi kerja sebab jarak perjalanan yang jauh sedangkan office aku kat KL. Kebetulan lepas jadi orang Bangi, aku kena tranfer dekat Cyberjaya. Jarak perjalanan tak ada lah jauh sangat. Kan hikmah tu.
Kena ingat... Allah tak beri apa yang kita mahu. Tapi allah beri apa yang kita perlu.
Note: Bilalah boleh tambah aset lagi nih... hurmmm...
26 komen
Alhamdulillah...ada jugak rumah sendirikan, ada hikmahNya tu kan inshaAllah lepas ni mana tahu ada rezeki beli rumah teres pulak, tapi betul rumah teres sekarang mahal sangat, tempat akak beli kawasan kampung je, sekarang takde dah 200k semua 300k keatas. kalau tak beli dulu sekarang mungkin x mampu dah nak beli. jauh pun takpelah sikit dr tempat kerja asalkan rumah sendiri
ReplyDeleteSetiap orang ade impian nak ade umah sendiri..nak2 bile dh ade anak kan fiza..tp tuh la, at least fiza dah ade umah sendiri..insyaAllah, kite doakan semoga satu hari nanti ade rezeki tuk fiza dan keluarga dptkan rumah idaman..
ReplyDeletesetiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
ReplyDeleteJanji Kita
Insya Allah Ada rezeki landed house nanti..
ReplyDeletenice article :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..yg penting dpt jugak beli rumah sendiri..tak pe,in future mana tau dpt beli rumah landed plak...ada rezeki lebih..positif2...
ReplyDeleteSA pun duka landed house alhamdulillah dpt juga beli walau gaji kecik masa tu..skrg harga rumah SA dah RM400k..betul harga rumah mmg mahal skrg ni
ReplyDeleteSabor Afizah, in sha Allah satu hari nanti akan merasa jugak landed property. Akak doakan semoga Allah permudahkan dan makbulkan hajat kamu tu. Ameen
ReplyDeleteSedihnya ... Adik beradik ni, tolong jadi mcm ni tak ditolong, dah katanya adik beradik.....Sabar ajelah
ReplyDeleteTahniah ye Fiza dapat rumah baru.... cantik apartment, nampak selesa
I planning to buy a landed house too but nowadays a bit expensive. Hope I will get my dream house soon.
ReplyDeleteyes i agree with your last sentence. when i study Shariah RFP, i remember a quote from Al-Quran: "[It is that] you believe in Allah and His Messenger and strive in the cause of Allah with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know."
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Bagusnya macam tu kak. Berfikir positif.. Pasti ada peluang dan rezeki yang lebih baik nanti. Saya baru kerja masih menyimpan ni. Nak cepat2 beli rumah nanti. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah sekurang-kurangnya dah lepas siksaan menanti loan lepas dan dah dapat rumah sendiri. Lepas ni bolehlah pikir landed pulak.
ReplyDeleteAllah kesiannya! Ruby lagi la. Anak sulong. Bila adik beradik nak buat loan pinjam sana sini. Memang takut! Takut sangat. Sebab kita ni pun dah berkeluarga. Pasti akan ada rancangan utk rumah, kereta, pendidikan anak-anak. Bukan takmo percaya adik beradik. Tapi, kita bleh tengok gaya hidup mereka. Kalau mereka tiada masalah kewangan atau at least pandai menabung. Ruby ok. Kalau tiada saving langsung. Itu bermakna akan jadi masalah utk kita dikemudian hari.
ReplyDeleteSetuju dengan ayat last tu... Allah x beri apa yg kita mahu tapi apa yang kita perlu. Hanis pun pernah merasa banyak benda yang kita nak x tercapai tapi sebenarnya dlm diam Allah bagi kita yang lebih baik :)
ReplyDeleteTahniah sis..takpa sis..Allah tau yg terbaik utk kita kan...tapi tu la bab2 duit mak da pesan jgn gatal2 nk jdi pnjamin sesapa pun even adik beradik korg..nnt sebab duit korg bergaduh...tak ckup duit..cari mama xpa lagi...huhu..tp tu la apa yg mak pesan tu betul..kang tak psal2 bergaduh adik beradik kan
ReplyDeleteAlhamdullillah, bermulalah dengan aset-aset yang dahulu.
ReplyDeleteSaya sendiripun berhijrah dari Melaka ke Bandar Baru Bangi, memang susah untuk mendapatkan rumah landed yang mampu milik. Setelah 6 tahun mencari baru dapat landed house yang owner terpaksa jual segera. Jadi dapat harga yang tidak terlalu tinggi dan under market value.
InsyaAllah, semoga Allah mudahkan urusan Puan.
Sedih memang sedih.
ReplyDeleteTapi x pa la slow2 cari rumah lain. Susah tau bagi pinjam nama kepada org. X pernah dgr cerita yang elok.
Memang ika x bagi pinjam nama ika kalau sapa nak.
Ya Allah bestya beli umah...saya pun insyaAllah someday nak beli gak rumah.
ReplyDeleteInsyaAllah, dipermudahkan rezki dalam masa terdekat olehNya. Amin.
ReplyDeleteRumah sekarang makin lama makin mahal. Penambahan rumah sebagai aset tu memang salah satu langkah yang baik. InsyAllah nanti ada rezeki
ReplyDeleteinsyaAllah boleh lagi beli rumah landed. simpan beli cash.
ReplyDeleteInsha Allah fiza moga ada rezeki lebih baik nanti, teruskan berdoa dah moga Allah makbulkan ameen
ReplyDeleteInsha allah moga ada rezeki fiza nanti, teruskan berdoa dan moga Allah makbulkan
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan ameen
ReplyDeleteAt least you got a your own house now, hopefully you can own a landed house in the future.
ReplyDelete